Forever Living Products (M) Sdn. Bhd. (095924-X)
FOREVER NUTRITIONAL DRINKS
______________________________

Forever Aloe Vera Gel
Khasiat:
- Pilihan yang amat baik untuk mengekalkan kesihatan, membantu menguatkan sistem imun dan melancarkan sistem gastrousus.
- Membantu meningkatkan penyerapan nutrien oleh sel-sel. Ini bermakna tubuh anda akan menerima lebih banyak khasiat daripada makanan dan diet tambahan yang anda ambil dan meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anda.
- Membantu menyahtoksik tubuh dan mengurangkan beban terhadap sistem pencernaan. Ia membersihkan usus kecil, melancarkan pembuangan najis dan mengurangkan mikroorganisma yang tidak baik seperti kulat. Kulit anda akan menjadi lebih baik dan berseri apabila proses penyahtoksikan berjalan dengan lancar.
- Sistem pencernaan yang sihat mengurangkan beban hati dan dengan demikian membolehkannya memetabolismekan lemak dengan lebih efisien untuk membebaskan lebih banyak tenaga. Dengan itu, dapat mengurangkan simpanan lemak dan membantu mengawalkan berat badan.
- Memberikan tindakan 2-dalam-1 iaitu menyahtoksik dan mencergaskan dengan serentak.
- Membantu meningkatkan kebolehan penyembuhan sistematik badan dan dengan demikian mengurangkan penyakit yang terjadi akibat keupayaan penyahtoksikan dan penyerapan nutrien yang kurang baik.
Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari
__________________________________________________________________________________________

Khasiat:
- Formula berpaten ini amat digemari oleh pelanggan-pelanggan wanita kami tetapi ia juga adalah sesuai bagi lelaki.
- Mengandungi Aloe Vera distabilkan 100% dan vitamin antipengoksida A & C yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan.
- Bertindak sebagai bahantara yang amat baik untuk mengangkut nutrien yang terkandung dalam kranberi kepada sel-sel tubuh.
- Flavonoid Proanthocyanidin yang boleh membantu menghalang bakteria berbahaya daripada melekat pada dinding saluran kencing, oleh itu menolong mengekalkan saluran kencing yang sihat dan menstabilkan hormon.
- Tahap vitamin A dan C yang tinggi serta pycnogenol, antioksida yang berguna untuk melindungi kolagen. Kolagen memainkan peranan penting bagi mengekalkan keanjalan kulit.
Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari
__________________________________________________________________________________________
Forever Aloe Bit's N Peaches

Khasiat:
- Formula berpaten dengan perisa pic yang lazat dan cebisan Aloe ini amat digemari oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa.
- Mengandungi Aloe Vera yang distabilkan 100% yang kaya dengan nutrien yang boleh membantu membersihkan sistem gastrousus, menguatkan sistem imun, merangsang penyembuhan (pertumbuhan semula sel) dan mengurangkan keradangan.
- Vitamin A (dalam bentuk prekursor karotenoid), C dan E tambahan daripada buah pic yang sangat berguna untuk memastikan sistem imun serta kulit yang sihat.
Cara Pengambilan:
Dos yang dicadangkan: 30 - 60ml setiap kali, 2 kali sehari
__________________________________________________________________________________________
Forever Lite & Forever Lite Ultra

Khasiat:
- Forever Lite/Forever Lite Ultra adalah makanan tambahan protein. Protein diperlukan untuk rambut, kulit, otot dan organ yang sihat.
- Forever Lite dipadatkan dengan vitamin, mineral dan faktor-faktor makanan yang lain, bernutrien seimbang untuk membantu anda mengekalkan diet dan gayahidup yang sihat.
- Forever Lite Ultra mengandungi 60% kurang karbohidrat dan 55% lebih protein daripada Forever Lite biasa. Dua sajian sehari membekalkan 100% saranan pengambilan harian vitamin dan garam galian.
- Cara sihat untuk menambah atau mengurangkan berat badan. Boleh dicampurkan dengan jus buah-buahan atau susu. Setiap tin boleh memberikan 20 gelas minuman.

Cara Pengambilan:
Campurkan Forever Lite bersama jus buah-buahan atau susu, 2 kali sehari.
Perisa:
Forever Lite - Coklat & Vanila
Forever Lite Ultra - Coklat & Vanila
__________________________________________________________________________________________

Forever Pomesteen Power
Khasiat:
- Minuman berantioksidan tinggi yang terdiri daripada jus buah delima, pear, manggis, raspberi, beri hitam, beri biru, dan ekstrak biji anggur.
- Semua bahan-bahan ini adalah di antara yang tertinggi dalam nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbent Capacity), iaitu petunjuk yang digunakan untuk mengukur keupayaan antioksidan menyekat kerosakan radikal bebas.
Cara Pengambilan:
30 ml setiap hari
__________________________________________________________________________________________